ruang iklan A

Wednesday, March 30, 2016

PANAS VIRAL: LELAKI MENCAPAI SASARAN 100 ANAK!

Seorang doktor dari Pakistan, Jan Mohammad, kini dalam misi untuk membuat 100 orang zuriat bagi memudahkan dia mendapat tempat di Syurga kelak.

Doktor berusia 43 tahun itu, yang kini sudah mempunyai 35 orang anak dari tiga isteri sudah siap sedia untuk berkahwin kali keempat bagi mempercepatkan misinya itu tercapai.

"Saya mahu ada 100 orang anak, kerana Nabi telah memberitahu sesiapa yang menambahkan bilangan pengikut Islam tidak akan ke neraka", katanya ketika bercakap kepada sebuah akhbar Pakistan.


"Dengan izin Allah, anak-anak saya akan membantu saya pergi ke syurga", katanya lagi.

Isteri-isteri kepada Mohammad, Bibi Naz Gul, 32, Noor Bibi, 28 dan Hayat Bibi, 25 telah berjaya melahirkan 14 anak lelaki dan 21 anak perempuan untuk Mohammad setakat ini. Kesemua 39 ahli keluarga Mohammad kini tinggal di bawah bumbung yang sama, di dalam sebuah rumah di kawasan berkeluasan 4,000 meter persegi yang mempunyai 12 bilik. Selai itu, Mohammad yang berpendapatan $955 sebulan berkata gajinya cukup untuk memberi apa yang diperlukan untuk anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment